Showing posts with label Bahtera Rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label Bahtera Rumahtangga. Show all posts
"tahu nak kawin je, isteri tak reti nak jaga"
Mari kita sama2 renungkan kembali erti sebuah perkahwinan.
Adakah perkahwinan sebab nak jaga sebelah pihak saje. nak menikmati sebelah pihak saja,sebab nak gembira sebelah pihak saje??????
Kalu le itu erti perkahwinan wah syok nye senang kita, tak payah nak pikir sebelah side lagi kan.
Namun itu bukan fitrah sesebuah perkahwinan.
Jangan mengharapkan habuan dengan apa yang kita lakukan.
Perkahwinan adalah perjanjian antara DUA orang insan untuk hidup dalam satu ALAM yang di panggil RUMAHTANGGA.
So kalu dah setuju nak kawin mean : dua2 setuju untuk hidup bersama dan "MENJAGA" bersama.
Jangan menyalahkan satu pihak sahaja. Pandang kedua pihak.Perbaiki dan perbetulkan diri sebelum kita mengharapkan orang lain berubah.
Sama-sama berganding bahu "menjaga" perkahwinan yang telah di bina. Sama-sama perbaiki diri ke Arah yang lebih di Redhai Nya.
Andai "menjaga" yang di maksudkan tentang pernampilan diri, sama-samalah perbaikinya. Jadilah Insan apabila di luar kita membanggakan suami atau isteri kita. Sama-sama lah berusaha agar menjadi role model merpati sejoli yang bahagia dan menarik penampilanya.
Isteri cermin suami begitu juga sebaliknya Suami juga cermin isteri. Sama-samalah kita berusaha ke arah kebaikan.
Perkahwinan
Bile orang ckp tentang perkahwinan terbayang kat minda kita insan "laki" dan "perempuan" di satukan menjadi sebuah keluarga.Kecualilah yang lari dari fitrah iaitu "laki" dengan "laki dan "perempuan" dengan "perempuan" Nauzubilah
Bile dua insan yang amat berbeza serba serbi ini di satukan bukan mudah untuk mendapat satu kata sepakat dan kedamaian bile berbicara,melakukan perkara dan berkongsi cerita.
Itule fitranya yang sangat cantik di aturkan oleh Nya untuk kita terus berfikir dan berfikir mengapa ianya begitu.
Dua orang yang dibesarkan oleh keluarga yang berbeza bila digabungkan bermacam perkara boleh dikongsikan.
Itulah fitrah nya, untuk saling melengkapi antara satu sama lain.
Namun bukan mudah nak mengemudi bahtera perkahwinan sehingga ke destinasiNya di bawah RedhaNya.
Sama-samlah kita berusaha untuk melayarkan bahtera perkahwinan hingga berjaya. Pergabungan usaha antara suami dan isteri akan membolehkan misi perlayaran ini berjaya.
Usaha lah sebaik mungkin agar menjadi pelayar bahtera rumahtangga yang berjaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

