Wahai ISTERI Bersyukurlah

Wahai isteri semua bersyukur lah andai anda di anugerahkan :

1- Suami Yang baik n menjaga iman nya
2-Anak yang soleh
3-Nafkah yang tidak dilupakan.



Wanita




Wanita Solehah adalah perhiasan dunia.


Wanita adalah pengerak dunia. Tangannya mampu mengoncang dunia.Perliharalah wanita kerana wanita yang akan menjadi IBU kepada anak anak kita kelak.

Carilah isteri yang boleh menjadi IBU kepada anak-anak kita.

Besar peranan wanita di mata dunia. Besar pahalnya menjaga anak perempuan bebanding lelaki. Kerana wanita adalah mutiara yang sukar di jaga.

Perlihara Akhlak mu wahai wanita agar umat Islam terus gemilang di mata Dunia.

Sama2 lah kita berusaha menjadi wanita solehah.


k e m a a f a n


MAAF. 4 huruf namun amat payah untuk di tutur.

Sama-sama kita menjadi pemaaf. kerana kita hanya insan biasa.(peringatan untuk diri ini)

Sedangkan Allah Maha pemaaf..apatah lagi kita hanya insan kerdil yang tiada kuasa apa.

Memang benar ianya sukar. Namun andai kita bersihkan hati maka terlerailah dendam.

Moga kita sama-sama menjadi insan "pemaaf". moga hidup kita lebih tenteram di masa hadapan.

Jadilah pemaaf pada bila-bila maaf. Dan minta lah maaf pada bila-bila masa.Jangan tunggu hari raya je.

Amin Ya Allah.

"tahu nak kawin je, isteri tak reti nak jaga"




Mari kita sama2 renungkan kembali erti sebuah perkahwinan.

Adakah perkahwinan sebab nak jaga sebelah pihak saje. nak menikmati sebelah pihak saja,sebab nak gembira sebelah pihak saje??????

Kalu le itu erti perkahwinan wah syok nye senang kita, tak payah nak pikir sebelah side lagi kan.

Namun itu bukan fitrah sesebuah perkahwinan.

Jangan mengharapkan habuan dengan apa yang kita lakukan.

Perkahwinan adalah perjanjian antara DUA orang insan untuk hidup dalam satu ALAM yang di panggil RUMAHTANGGA.

So kalu dah setuju nak kawin mean : dua2 setuju untuk hidup bersama dan "MENJAGA" bersama.

Jangan menyalahkan satu pihak sahaja. Pandang kedua pihak.Perbaiki dan perbetulkan diri sebelum kita mengharapkan orang lain berubah.

Sama-sama berganding bahu "menjaga" perkahwinan yang telah di bina. Sama-sama perbaiki diri ke Arah yang lebih di Redhai Nya.

Andai "menjaga" yang di maksudkan tentang pernampilan diri, sama-samalah perbaikinya. Jadilah Insan apabila di luar kita membanggakan suami atau isteri kita. Sama-sama lah berusaha agar menjadi role model merpati sejoli yang bahagia dan menarik penampilanya.

Isteri cermin suami begitu juga sebaliknya Suami juga cermin isteri. Sama-samalah kita berusaha ke arah kebaikan.









Perkahwinan






Bile orang ckp tentang perkahwinan terbayang kat minda kita insan "laki" dan "perempuan" di satukan menjadi sebuah keluarga.Kecualilah yang lari dari fitrah iaitu "laki" dengan "laki dan "perempuan" dengan "perempuan" Nauzubilah

Bile dua insan yang amat berbeza serba serbi ini di satukan bukan mudah untuk mendapat satu kata sepakat dan kedamaian bile berbicara,melakukan perkara dan berkongsi cerita.

Itule fitranya yang sangat cantik di aturkan oleh Nya untuk kita terus berfikir dan berfikir mengapa ianya begitu.

Dua orang yang dibesarkan oleh keluarga yang berbeza bila digabungkan bermacam perkara boleh dikongsikan.

Itulah fitrah nya, untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Namun bukan mudah nak mengemudi bahtera perkahwinan sehingga ke destinasiNya di bawah RedhaNya.

Sama-samlah kita berusaha untuk melayarkan bahtera perkahwinan hingga berjaya. Pergabungan usaha antara suami dan isteri akan membolehkan misi perlayaran ini berjaya.

Usaha lah sebaik mungkin agar menjadi pelayar bahtera rumahtangga yang berjaya.




Assalammualaikum

Masalah yang tidak dapat dielakkn menyebabkan tercetus nye blog terbaru ini.

Moga setiap bicara dapat dijadikan panduan kepada diri ini dan pembaca.

Sama-sama kita berusaha menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Moga Kita semua beroleh manfaat dengan nya.